Suami bin Lelaki 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.
Isteri binti Perempuan 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.
31 April 2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan badan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan dan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan dilaksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"
Wah...tersenyum lebar semua para2 suami dan lelaki yang membaca surat rasmi akai ada ni...saya sendiri tergelak besar membacanya...
Memang tersusun benar dan 'penuh makna' isi kandungan surat rasmi tersebut....
Apa komen para isteri dan wanita pulak agaknya ye....? Bagi saya apa salahnya kalau suami MAMPU dan boleh berlaku ADIL...CONFIRM kekosongan jawatan boleh di isi....(mentang2 bln 10 semua poket berisi)...he..he...
Tapi risau jugak kalau anda member yang lain tak puas hati kerana posting tak sesuai dengan matlamat forum ni...tapi apa salahnyakan? sekadar berkongsi buat membasahkan gusi yang kering....
Wah...tersenyum lebar semua para2 suami dan lelaki yang membaca surat rasmi akai ada ni...saya sendiri tergelak besar membacanya...
Memang tersusun benar dan 'penuh makna' isi kandungan surat rasmi tersebut....
Apa komen para isteri dan wanita pulak agaknya ye....? Bagi saya apa salahnya kalau suami MAMPU dan boleh berlaku ADIL...CONFIRM kekosongan jawatan boleh di isi....(mentang2 bln 10 semua poket berisi)...he..he...
Tapi risau jugak kalau anda member yang lain tak puas hati kerana posting tak sesuai dengan matlamat forum ni...tapi apa salahnyakan? sekadar berkongsi buat membasahkan gusi yang kering....
ADA MAKNA SURAT NI DAN ADA KAITAN DENGAN SC... KALAU ADA REZKI BULAN 1O NI..... SAPA SAPA YANG ADA NIAT PASANG 3 TU.......BOLEH GUNA FORMAT NI.....SERTAKAN SEKALI DENGAN WANG SUAPAN RM1000,000 SEKALI.....
NAK JUDA DALAM KEADAAN MACAM NI....KITA SENYUM SIKIT.... KAN ITU AWET CANTIK.....
Memang indah bahasa mu Suami Bin Lelaki... Tersenyum lebar dibuatnye...
Saya mewakili Isteri Binti Perempuan, dengan rela hati dan terbuka minda, bak kata pepatah, tak cukup tapak tangan nyiru ku tadahkan, akan memenuhi permintaan Suami Bin Lelaki... Maklumlah nak payung emas di kemudian hari.
Tapi wahai Suami, tidak semudah itu untuk ku buat keputusan. Sebaik sahaja selesai akad nikah mu, akan ku serahkan ke lima-lima anak kita di bawah jagaan ahli keluarga baru itu bersama mu dan tak akan kau dapat bertemu dengan ku lagi....
Itulah adenye.... LELAKI.....TAK PERNAH PUAS DENGAN APE YANG ADA...PANTANG TERISI SEDIKIT POKET YG DAH LUSUH ITU..PANJANG AJE AKALNYE....CUBA INGAT DIZAMAN BARU MULA BERUMAHTANGGA DENGAN ISTERI...SUSAH SAME-SAME...BILA SENANG SIKIT...MULALAH....
Topic yg dah tentu mengundang kontrovesi!! apa-apa pun matlamat asai forum tak la jauh sgt melencung.. sedikit buat renungan utk isteri bt perempuan... kalaulah kita sanggup naik carpool, sanggup berkongsi bulan dan bumi, berkonsgi oksigen, berkongsi highway... pasai apa tang benda yg satu ni susah sgt nak berkongsi... BUKAN KAH BERSATU KITA TEGUH..BERCERAI KAWIN LAGI.....lol
Kalau mampu apa salahnye. meramaikan ummahhhhhhhhhhhhhh. Kesian pada yang nak jadi anrdartu tu. siapa lagi yang kesian kan.. Lelakiiiiiii jugaaaa. :). tolong menolong kan satu ibadat. yang diharuskan dalam islammmm.
Sdrac akai pc... sungguh dalam dan dahsyat suratmu itu.... harap pembaca semua dapat membaca ngan hati terbuka dan buatlah kupasan dan tilikan.... apakah maksud dan kaitan surat tersebut ngan keadaan kita sekarang..... Walau apapun, saya menyokong poligami kerana itu sunnah, tapi bagi saya cukuplah hanya satu.... baik masa susah mahupun senang.... Insya ALLAH.....
Akai ada memang akai ada. Alasan yang bagus dan boleh diterima pakai. Kan bagus kalau ada pengkhususan. Satu orang lipat baju, satu orang masak, satu orang jaga anak, satu orang jaga suami....he he he....berat sama dipikul ringan sama dijinjing....
Akai ada memang akai ada. Alasan yang bagus dan boleh diterima pakai. Kan bagus kalau ada pengkhususan. Satu orang lipat baju, satu orang masak, satu orang jaga anak, satu orang jaga suami....he he he....berat sama dipikul ringan sama dijinjing....
JANGAN MARE, NAK JAGA YG SORANG LAGI SUSAH, NI KAN PULA NAK JAGA 4. Isteri bagi tau boleh nikah TAPI langkah KuBuR dulu.. Tapi saya cukup tabik ngan suami bin lelaki yg boleh kumpulkan 4 isteri dlm satu rumah. Tak mkn hati berulam jantung ke waktu mlm.
Akai ada memang akai ada. Alasan yang bagus dan boleh diterima pakai. Kan bagus kalau ada pengkhususan. Satu orang lipat baju, satu orang masak, satu orang jaga anak, satu orang jaga suami....he he he....berat sama dipikul ringan sama dijinjing....
JANGAN MARE, NAK JAGA YG SORANG LAGI SUSAH, NI KAN PULA NAK JAGA 4. Isteri bagi tau boleh nikah TAPI langkah KuBuR dulu.. Tapi saya cukup tabik ngan suami bin lelaki yg boleh kumpulkan 4 isteri dlm satu rumah. Tak mkn hati berulam jantung ke waktu mlm.
bro.. merarik gak tu.. menyimpang sikit tak per kot.. tak ler stress sangat dok baca sch jer.. tapi jangan selalu posting mcm ni.. celaru forum kita nanti.. tapi terserah kat admin.. bukak thread baru kot..
syoknyer citer kawin lagi ni...apa lagi time minum teh tarik.. tapi kak long jangan bimbang..kalo yang kecoh2 ni..tak jadi punyalah.saja jer syok kecoh2.. tapi kalo yang diam2 jer tu..tak tau ler.. macam diam ACF.. berisi..
kawin lain.. syok kan.. tapi cuba bayangkan.. lepas kawin baru...kita bergaduh ngan 1st wife... lepas 4 bulan dia p kawin lain.. anak2 semua dia ambik.. nak bawa kes rebut anak ke court, kesian anak2..bayangkan anak anak yang kita belai dengan manja..berada dalam belaian ayah yang baru pulak.. isteri yang telah bersama kita 10 tahun.. berada dalam........ suami barunya... iksh..pilu gang, pilu..
so begitulah perasaan wife ngan kita pun...
__________________
BRO....TAK YAH LER NAK MINTAK MAHAP...TAK BANYAK PEKDAHNYER.. USAHA LER CAMNER PUN...!!!!
topic ni cukup membuatkan saya tergelak besar. Rasanya x salah kita selitkan sedikit unsur humor sekali-sekala utk mengelakkan drp bosan jika terlalu serius. apa2 pon saya berpendapat x salah kalau pihak lelaki bin suami nak tambah lg sorang tp fikirlah jauh2 adakah kita mampu segala-galanya jika suatu masa nanti kita dlm keadaan susah? apa yg saya dpt lihat fenomena pasang dua tiga ini byk berlaku pada bangsa kita jika sudah kaya. jadi jgnlah sehingga kita lupa diri dan melupakan mereka yg telah bersusah payah bersama-sama satu ketika dahulu. ini cuma sebagai pendapat jika dah jodoh ape kita bleh buat kan? hehehe..
__________________
..: Your money will work for you, and you will always have enough -- more than enough -- when you give it energy, time, and understanding! :..
* Financial freedom is when you have power over your fears and anxieties instead of the other way around. *
Takpe..Truskn utk hilang tension. Bgurau skali skala biasa la..Pd perempuan jgn le ambik ati sgt.
Topik ni sja nak uji minda. Sggup ke tak lelaki2 kat forum ni nak tmbah smpai 4. Bagi aku sorg pun dah memadai, kalo byk duit pun pas bln 10 ni baik aku buat projek lain dr projek nak bbini 2.Byk lagi tggungjwb dan komitmen lain yg lebih utama dr fikir soal brbini 4.
Pbtuln utk pelabur kecik..Akai ada le punya topik ni. Bkn saya. Harap maklum.
boleh dikatakan 90% lelaki hendak tambah isteri, tapi apakan daya minda pempuan sekarang ini macam neneknya dulu juga tidak boleh diubah ada sifat cemburu, macam orang yang tidak boleh tenguk orang lain senang. macam pelabur sc jadi mangsa cemburu buta..
Sememang naluri lelaki abang ingin beristeri lebih seorang. Tapi abang pendam keinginan tu semua demi kebahagian dan masa depan anak2 kita. Abang menghargai susah payah melahirkan dan membesarkan zuriat abang. Kasih abang masih tak berubah walaupun dah jadi tong drum. Tapi abang tak dapat menolak suratan takdir sekiranya ditentukan berkahwin sampai empat. Abang hanya merancang Maha Kuasa yang menentukan.
Luahan Hilang Tension jeee. Kalau jadi nak wat camner
Sememang naluri lelaki abang ingin beristeri lebih seorang. Tapi abang pendam keinginan tu semua demi kebahagian dan masa depan anak2 kita. Abang menghargai susah payah melahirkan dan membesarkan zuriat abang. Kasih abang masih tak berubah walaupun dah jadi tong drum. Tapi abang tak dapat menolak suratan takdir sekiranya ditentukan berkahwin sampai empat. Abang hanya merancang Maha Kuasa yang menentukan.
Luahan Hilang Tension jeee. Kalau jadi nak wat camner
Apa lah lu bro...klu dah tau jadik TONG DRUM....banyak duit sok hantar la pegi SLIM WORLD kasi slim balik mcm dulu2 tak pyh kawin lain....zaman teknologi bro...yg gemuk boleh jadik kurus....yang buruk bole jadik cun...cucuk sane...cucuk...sini...tegangkan dan ketatkan mana2 patut....wah...wah...pandai plak gua yeak...blum kawin dah pandai...belajar bro belajar....apa2 pun boleh buat klu kantong dah penuh duit SC jangan mareeeee.................huahh....huah....huah.....
__________________
ding...ding...ding....hidup segan mati tak mau........
bila masa mat rempit pandai pakai seluar ni... gambar dulu-dulu memang mat rempit separuh bogel (pakai gak topi) bang hamid... perasan tak mat rempit punya barang, kontot?...
hahahaha...
__________________
Namun begitu sengsara yang di buat oleh kerajaan kita , tidak dapat di maafkan.
bila masa mat rempit pandai pakai seluar ni... gambar dulu-dulu memang mat rempit separuh bogel (pakai gak topi) bang hamid... perasan tak mat rempit punya barang, kontot?...
aku confident bulan 8.. yang 15 hb tu tak confident sangat. tapi bulan 10 nanti... memnag confident 100 %.
berapa ada dalam acf mat rempit.? beritahulah...itu 'syok sendiri' ( ss ) tak cari punya...
Gua cayak la lu bro...lu ckp konfiden giler boleh bagi 1000% la bro....gua bro bukan mcm lu invest banyak...gua investor kecik2 jer bro...cukuplah nak buat kawin...sempoi.....nanti gua PM lu bro....
__________________
ding...ding...ding....hidup segan mati tak mau........
Wah....menusuk jiwa isi kandungan surat tu..... Tapi kami dari persatuan isteri isteri SC .Mintak sangat lah yang bakal2 jutawan berfikir dulu sebelum tambah cawangan. Bukan apa , komitmen tinggi,dan yang paling penting kita takut branch office nanti merajuk, teruk nanti. Apa pun yang terbaik... jagalah branch office semantap-mantap dahulu. Susah Senang Kita harungi bersama...
__________________
JANGAN HIPOKRIT.YANG SALAH TETAP SALAH.JUJURLAH PADA DIRI SENDIRI DAN YANG LAIN.
sebelum pembentukan cawangan baru, mestilah mendapatkan persetujuan dari lembaga pengarah. Lepas tambah cawangan baru, kita adakan mesyuarat setiap bulan untuk perbincangan dan pengaturan jadual waktu sama ada di cawangan A, cawangan B, cawangan C atau cawangan D. Kalau business nak maju kita kena buka cawangan.
aku setuju ngan topik ni dari satu segi....tapi kalaulah aku ada cawangan lain, kesian pulak ngn bini aku sekarang...sebab dialah yg sama2 susah dan sama2 senang ngn aku, sehinggalah aku menjadi aku sekarang.....tapi bagi lelaki yg ada cawangan tu, aku x komen, coz masing2 ada pendapat yg berbeza...dan pendapat mereka mestilah kita hormati.....kat tempat aku keja, ada gak yg brbini dua...tapi dia seorang yg gentleman, adil (bagi akulah) dan isteri prtama dia dah x larat nak layan dia (kuat sangat kot).....dia sediakan bini prtama satu banglo dan kompressor, bini kedua kedua pon ada banglo gak dan bmw 318i.......ada side income lagi tuh........
suami... nak masuk swisscash dulu... tanya pendapat bini... bini bagi... nak letak modal (modal dah kering sebab rugi dlm HYIP lain) tanya bini... bini bagi... nak TT duit ... masuk bank kita... tanya bini... bini bagi... nak beli kereta baru,... pakai nama kita... tanya bini... bini bagi... nak beli rumah.... tanya bini.... bini bagi... nak kawin satu lagi... tanya bini... bini bagi kuali....
bini, nak suruh bayar hutang dia pinjam masuk SC... laki jawab... nantilah dulu....pusing modal... nak jugak kete baru sebuah.. berulang dgn motor... tanya laki... laki jawab... nanti dulu....pusing modal... nak simpan dalam ASB ... tanya laki... laki jawab ... nanti dulu....pusing modal... abang nak kawin lain ke... tanya kepada laki... laki jawab...nak... bini jawab... nanti dulu... ceraikan I dulu... uwaaaaaaa.......
__________________
Namun begitu sengsara yang di buat oleh kerajaan kita , tidak dapat di maafkan.